SEPANG: Kementerian Pengangkutan mengingatkan lebih 180,000 kenderaan pengangkutan barangan supaya segera mendaftar dengan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 bagi menikmati harga subsidi diesel ditawarkan kerajaan. Menterinya, Anthony Loke berkata, kerajaan sudah memberi ruang secukupnya untuk mereka mendaftar dan tidak hanya menyalahkan kerajaan. “Kalau tidak (mendaftar) mereka akan salahkan kerajaan pula, kata tak bagi subsidi menyebabkan mereka naikkan harga barang. Tanggungjawab mereka untuk daftarkan diri dalam SKDS 2.0,” katanya selepas menyaksikan majlis memorandum persefahaman (MoU) antara Batik Air dan KIA di sini semalam. Sebelum ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya