BEIRUT: Hamas menegaskan sehingga kini tiada perkembangan positif yang dicapai dalam rundingan gencatan senjata dengan Israel berhubung perang terhadap Gaza, tatkala puluhan ribu penunjuk perasaan berhimpun di Tel Aviv menuntut pembebasan tebusan dan menyelesaikan perjanjian. Pegawai kanan Hamas yang berpangkalan di Lubnan, Osama Hamdan berkata, pihaknya masih terbuka untuk membincangkan sebarang cadangan gencatan senjata yang menamatkan konflik hampir sembilan bulan. “Sekali lagi, Hamas bersedia untuk menangani secara positif sebarang cadangan yang menjamin gencatan senjata kekal, pengunduran menyeluruh operasi ketenteraan dari Gaza dan perjanjian pertukaran tebusan serta tahanan,” katanya pada sidang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya