BANGKOK: Kabinet Thailand semalam meluluskan inisiatif cukai untuk meningkatkan pelancongan domestik ketika musim pengunjung berkurangan ke negara berkenaan. Timbalan Menteri Kewangan, Paopoom Rojanasakul berkata, langkah itu meliputi tempoh Mei hingga November temasuk potongan cukai bagi syarikat yang menganjurkan konvensyen dan seminar. Langkah tambahan turut diwujudkan untuk meningkatkan perjalanan domestik ke bandar sekunder, termasuk membenarkan potongan cukai pendapatan inap desa dan perbelanjaan penginapan bukan hotel, lapor Reuters. Perdana Menteri, Srettha Thavisin berkata, langkah itu dijangka menelan belanja lebih RM197 juta dalam hasil, namun yakin faedahnya akan lebih besar. Statistik Kementerian Pelancongan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya