KUALA LUMPUR : Seorang pekerja kilang terpaksa membuat pembiayaan semula (refinance) rumah bagi menjelaskan hutang pelaburan mesin air bernilai RM60,000 selepas terpedaya dengan sebuah syarikat yang bekerjasama dengan yayasan terkenal. Pekerja kilang yang ingin dikenali Parani, 47, berkata, dia melabur dengan membuat pinjaman bank untuk membeli dua mesin air itu kerana ingin menambah pendapatan. Menurutnya, dia dijanjikan pulangan RM1,500 setiap bulan jika melabur dalam skim itu namun hanya sempat merasa sekali sahaja keuntungan terbabit. “Apabila ditanya pihak terbabit memberi alasan Covid-19 dan beritahu mesin air itu masih wujud dan ada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya