SEOUL: Tentera Korea Selatan melepaskan tembakan amaran selepas beberapa askar Korea Utara menceroboh sempadan negara itu, awal minggu ini. Ketua Staf Bersama Korea Selatan (JCS) dalam kenyataan berkata, tentera Korea Utara itu dikatakan terlibat dalam urusan tidak diketahui di sebelah utara sempadan, bertindak melintasi garisan sempadan, Ahad lalu. Katanya, askar Korea Utara itu kembali ke wilayah mereka selepas tentera Korea Selatan melepaskan tembakan dan mengeluarkan amaran. Bagaimanapun, pihaknya mendapati Korea Utara tidak melakukan sebarang aktiviti lain yang mencurigakan. Sempadan darat yang dipenuhi lombong adalah sempadan bersenjata paling lengkap di dunia,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya