PONTIAN: Bagi memastikan lembu yang disembelih tidak meronta-ronta, teknik sembelihan yang betul amat penting dan menjadi rahsia Zainuddin Sarponing, 57, sejak 20 tahun lalu. Sebagai tukang sembelih, Zainuddin sentiasa memastikan parang yang digunakan kekal ke bawah leher haiwan tersebut dan tidak melangkah darah seperti ajaran gurunya, dikenali sebagai Wak Ramadan. “Ketajaman parang juga berperanan penting bagi memastikan sembelihan tidak menyakitkan haiwan tersebut dan hanya sekali sahaja dilakukan tanpa mengulanginya. Kita melaksanakan tanggungjawab diberikan oleh orang ramai, perlu dilakukan berhati-hati dan menghormati haiwan tersebut dengan penuh tertib,” katanya kepada Mingguan Malaysia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya