ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah amat berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat meluluskan permintaan negeri itu untuk mendapatkan insentif fiskal berjumlah RM200 juta seperti yang telah diminta. Titah Sultan Sallehuddin, insentif berkenaan merupakan satu mekanisme timbal balik apabila Kedah perlu mengekalkan 113,000 hektar kawasan penanaman padi yang menyumbang 43 peratus kepada tahap sara diri (SSL) beras negara. Baginda bertitah, keadaan itu membawa kepada kehilangan potensi pembangunan selain pertanian yang boleh menjana hasil negeri yang lebih tinggi. “Insentif fiskal itu dapat mengimbangi hasil dan perbelanjaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya