SEREMBAN: Acara sukan seperti tinju, berbasikal, olahraga dan menembak menjadi sasaran kontinjen Negeri Sembilan bagi meraih pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak yang dijadual berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos depan. Ketua Kontinjen Negeri Sembilan ke temasya itu Mustapha Nagoor berkata, selain itu, sukan seperti sepak takraw dan ragbi juga berpotensi untuk membawa pulang pingat emas daripada keseluruhan 30 acara sukan yang disertai Negeri Sembilan. “Negeri Sembilan menyasarkan kedudukan Sembilan terbaik daripada 15 kontinjen yang ambil bahagian. Kami menyertai 30 daripada 37 acara sukan dipertandingkan hasil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya