KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganggap Sindrom Kejutan Toksik Streptokokus (STSS) tidak membahayakan kesihatan awam di negara ini. Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pada ketika ini Malaysia berpendirian sindrom tersebut tidak berisiko memberi kesan kepada umum berikutan masih tiada sebarang perkembangan terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). “Saya mengambil sikap ia bukan satu cabaran atau risiko dalam konteks hingga saat ini,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian ‘Karnival Kita Madani’ Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024 di Dewan Dato’ Penggawa Permatang di sini hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya