Serangan siber melonjak, sektor awam, telekomunikasi jadi sasaran - Utusan Malaysia

Serangan siber melonjak, sektor awam, telekomunikasi jadi sasaran

NORSAADAH Abd. Rahman berucap pada Jerayawara ASM Wilayah Selatan 2024 di UTM, Johor Bahru. semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Malaysia berdepan ancaman keselamatan digital apabila berlaku peningkatan pencerobohan data hampir 2,000 peratus, iaitu 646 kes pada 2023 berbanding hanya 50 kes pada tahun sebelumnya.

Setiausaha Agung Akademi Sains Malaysia (ASM), Prof. Dr. Norsaadah Abd. Rahman berkata, sektor awam dan sektor telekomunikasi antara yang mengalami kebocoran data tinggi dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu.

Justeru, katanya, negara memerlukan 12,000 tenaga profesional berkaitan keselamatan siber bagi mencapai sasaran seramai 25,000 pegawai keselamatan siber.

“Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan kerajaan bagi menangani masalah ini, termasuk dengan menggandakan usaha meningkatkan kapasiti dan daya saing Malaysia dalam teknologi digital. Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024 yang telah diluluskan oleh Dewan Negara baru-baru ini merupakan langkah penting meningkatkan keselamatan siber.

“Langkah ini dijangka dapat meningkatkan impak bagi pengendalian insiden keselamatan siber terutamanya dalam sektor kerajaan, perbankan, kewangan serta sains, teknologi dan inovasi,” katanya pada Jerayawara ASM Wilayah Selatan 2024 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif ASM, Hazami Habib dan Ketua Pegawai Eksekutif eWorldwide Group, Prof. Dr. Salma Abbasi.

Sementara itu, Ahmad Fauzi memberitahu, UTM bukan sahaja terlibat dalam penyelidikan berpandukan teknologi baharu, malah juga menumpukan usaha terhadap pembangunan bakat.

“UTM menduduki tempat pertama dalam kalangan universiti awam di Malaysia dengan 85 peratus graduan kita memiliki tahap kemahiran tinggi, khususnya Sarjana Keselamatan Siber di bawah Fakulti Komputeran dan pelbagai program profesional di bawah Fakulti Kecerdasan Buatan,” katanya.

Program Jerawaraya ASM Wilayah Selatan 2024 di UTM  turut menarik penyertaan secara dalam talian dan fizikal melibatkan wakil industri, agensi kerajaan, syarikat multinasional dan syarikat pemula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya