BENTONG: Seorang lelaki maut apabila kereta jenis Lamborghini terbabas dan terbakar di Kilometer 57.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur di sini hari ini. Mangsa seorang lelaki berketurunan Cina dikatakan tersepit dalam kenderaan terbabit dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pukul 9.32 pagi. “Seorang lagi mangsa merupakan seorang wanita juga berketurunan Cina yang merupakan penumpang kenderaan itu mengalami kecederaan. “Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital oleh orang awam,” katanya di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya