MOSCOW: Russia menyalahkan Amerika Syarikat (AS) atas serangan ‘biadab’ Ukraine di Crimea yang menggunakan peluru berpandu milik negara itu sehingga menyebabkan empat maut termasuk kanak-kanak, manakala 151 yang lain cedera. Kementerian Luar Russia memanggil Duta Besar AS, Lynne Tracy pada Isnin dan menuduh Washington melancarkan ‘perang proksi’ serta menyatakan tindakan balas ‘pasti menyusul’. Sejak Russia menyerang Ukraine pada Februari 2022, Moscow berterusan mendakwa sedang melawan perang proksi dengan Barat. Bercakap kepada pemberita, Jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller berkata, Washington memberikan senjata kepada Ukraine supaya mereka dapat mempertahankan kedaulatannya dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya