MOSCOW: Sistem pertahanan udara Russia mendakwa memusnahkan 36 dron yang dilancarkan Ukraine, menyasarkan beberapa wilayah di barat negara itu, semalam. Kementerian Pertahanan Russia hari ini berkata, 15 dron dimusnahkan di wilayah Kursk yang bersempadan dengan Ukraine dan sembilan di wilayah Lipetsk, beberapa ratus kilometer di selatan Moscow. Menerusi kenyataan di aplikasi Telegram, kementerian itu berkata, empat dron dimusnahkan setiap satu di wilayah Voronezh dan Bryansk di barat Russia, serta masing-masing dua di wilayah Oryol dan berdekatan Belgorod. Menurut Gabenor wilayah Lipetsk dan Brayansk, tiada kecederaan atau kerosakan meluas akibat daripada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya