PASIR SALAK: Sebuah rumah lama yang usang dan dipenuhi semak sehingga mencacatkan pemandangan di Kompleks Sejarah Pasir Salak di sini yang pernah dilaporkan akhbar ini, sudah dibersihkan. Ketua Kampung Pasir Salak, Nor Azri Sokor berkata, dia difahamkan rumah tersebut dibersihkan Jabatan Muzium Perak. Menurutnya, selepas dibersihkan, rumah tersebut kelihatan menarik kerana menyerlahkan seni bina rumah tradisional Melayu Perak yang dapat dilihat sesiapa sahaja kerana terletak di jalan masuk ke kompleks tersebut. “Tidak lama selepas berita keadaan rumah ini yang usang dan dipenuhi semak disiarkan Utusan Malaysia, ada pihak yang membersihkan,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya