Rampas kuasa gagal, Ketua Tentera Bolivia ditahan

Rampas kuasa gagal, Ketua Tentera Bolivia diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUCRE: Polis Bolivia memberkas Ketua Tentera, Komander Jeneral, Juan Jose Zuniga yang menjadi dalang rampasan kuasa beberapa jam selepas Istana Presiden di ibu negara, La Paz diserang oleh tentera. 

Lapor BBC, Zuniga berkata, beliau berhasrat ‘menyusun semula demokrasi’ walaupun pada masa sama menghormati Presiden, Luis Arce. 

Bagaimanapun, Arce mengecam percubaan rampasan kuasa itu dan menyeru orang ramai untuk mengatur dan menggerakkan himpunan di jalanan.  

“Kita tidak boleh membenarkan sekali lagi cubaan rampasan kuasa untuk meragut nyawa Bolivia,” katanya dalam ucapan yang disiarkan di televisyen negara itu. 

Ucapan beliau jelas bergema, dengan penunjuk perasaan prodemokrasi turun ke jalanan untuk menyokong kerajaan. 

Terdahulu, kenderaan berperisai dan anggota tentera mengambil kedudukan di Dataran Murillo yang menempatkan bangunan utama kerajaan. 

Kesemua mereka akhirnya berundur dan Zuniga, Ketua Tentera laut dan Tentera Udara dipecat serta merta.

Pejabat pendakwa raya berkata, pihaknya akan membuka kertas siasatan jenayah terhadap individu di sebalik percubaan gagal melancarkan rampasan kuasa terhadap kerajaan.

Pemimpin dari seluruh dunia mengecam tindakan tentera yang jelas mencabuli undang-undang negara itu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya