GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merayu akses bantuan segera ditingkatkan di Gaza apabila sesetengah penduduk kini terpaksa minum air kumbahan dan makan makanan haiwan demi kelangsungan hidup. Pengarah Wilayah Mediterranean Timur WHO, Hanan Balkhy turut memberi amaran bahawa perang antara Israel dan Hamas memberi kesan meluas ke atas penjagaan kesihatan di seluruh wilayah itu. Bahkan, impak ke atas kanak-kanak akan memberi kesan berpanjangan yang teruk, kata pakar kesihatan itu kepada AFP dalam temu bual di ibu pejabat WHO di Geneva. “Di Gaza, ada penduduk yang kini makan makanan haiwan, makan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya