Polis Kelantan buru lelaki guna gelaran Datuk Seri palsu

Polis Kelantan buru lelaki guna gelaran Datuk Seri palsu

MUHAMAD Zaki Harun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Polis Kelantan memburu lelaki yang merupakan seorang presiden sebuah persatuan muay thai, Mohd. Fared Abdul Ghani, 56, bagi membantu siasatan berhubung kes menyalahgunakan darjah kebesaran Datuk Seri palsu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penggunaan Datuk Seri yang tidak diiktiraf oleh lelaki tersebut sebelum kertas siasatan dibuka.

Menurutnya, laporan itu dibuat oleh seorang lelaki apabila melihat satu rakaman video di YouTube berhubung pengantungan dua ahli Persatuan Sukan Boksing Negeri Kelantan (PSBNK) termasuk Mohd. Fared di sebuah saluran televisyen yang menggunakan gelaran Datuk Seri.

“Sehubungan itu, polis sedang mengesan Mohd. Fared bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan 5B Enakmen Lambang-lambang dan Nama-Nama (Mencegah daripada Salahguna) kerana mengguna gelaran yang tidak diiktiraf.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Mohd. Fared boleh terus berhubung ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan atau mana-mana Balai polis terdekat,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Town Hall Discussion Ketua Polis Kelantan 2024, Gejala Sosial dan Keruntuhan Akhlak : Ke Mana Arah Anda? di Politeknik Jeli di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, presiden sebuah persatuan muay thai didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan memukul seorang lelaki di sebuah kedai makan, kira-kira dua bulan lalu.

Tertuduh, Mohd. Fared Abdul Ghani, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki memberitahu, polis menahan seorang lelaki selepas sebuah video tular mengenai penganugerahan darjah kebesaran Datuk kepada warga Bangladesh.

Katanya, gelaran Datuk itu diperoleh dari Kelantan.

“Siasatan lanjut kemudiannya membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 47 tahun di Setapak, Kuala Lumpur. Suspek merupakan peniaga dan terlibat dengan penubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Lelaki itu direman selama tiga hari semalam hingga hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan Seksyen  233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya