GAZA: Sebuah pesawat yang tidak dikenali menggugurkan kotak bantuan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza pada Hari Raya Aidiladha, semalam. Menurut saksi, pesawat itu terbang di kawasan Al-Mawasi dan sekitarnya sebelum menggugurkan kotak bantuan makanan kepada penduduk. Al-Mawasi ialah kawasan jalur pantai yang sempit di hujung selatan wilayah itu. Israel menetapkan kawasan itu sebagai ‘zon kemanusiaan’ apabila operasi ketenteraan diperluas ke bandar Rafah bulan lalu. Serangan Israel sejak Oktober lalu membunuh hampir 37,300 rakyat Palestin terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Perang yang memasuki sembilan bulan itu turut mengakibatkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya