RAUB: Seorang peraih durian dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memecah masuk sebuah bilik kasino dan mencuri 1,160 cip bernilai RM4.6 juta milik Genting Highlands Berhad di Genting Highlands, Bentong, dekat sini pada Oktober tahun lalu. Tertuduh, Lee Kian Kiong, 45, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Aisyah Ahmad. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid manakala tertuduh diwakili peguam, Dinesh Muthal. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh bersama-sama tiga lagi yang sudah dituduh telah melakukan pecah rumah ke atas bangunan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya