KUANTAN: Penyertaan jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi dalam acara 200 meter (m) Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 berakhir selepas dibatalkan kerana melakukan ‘false start’ pada saingan separuh akhir di Stadium Darul Makmur di sini malam ini. Ketika ditemui pemberita, pelari berasal dari Perak berusia 20 tahun tersebut berkata, beliau meminta maaf kerana apa yang berlaku di luar kawalannya. “Apa yang berlaku ini atas kesalahan saya, saya sendiri tidak sabar. Tak apa tak ada rezeki saya dalam acara 200m. Saya tidak mahu jadikan alasan dan akan kembali fokus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya