PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penjawat awam supaya tidak terikut-ikut dengan tindakan pembangkang dengan mempercayai fitnah yang disebarkan terutama berhubung isu penjualan sebahagian saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). Perdana Menteri berkata, ini termasuk menggelar beliau sebagai anak angkat Amerika Syarikat dan menuduhnya mengikut nasihat Yahudi selain mendakwa Kementerian Kewangan meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Beliau berkata, kumpulan penjawat awam perlu tahu fakta sebenar di sebalik isu-isu yang dimanipulasikan itu untuk mempertahan penegasan kerajaan sekarang. “Penjawat awam harus ikuti (fakta sebenar), itu bukan ceramah politik maki hamun orang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya