PENAMPANG: Hujan lebat yang turun sejak tengah hari tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini mula ditenggelami air. Berdasarkan perkongsian dalam laman media sosial, beberapa kampung mula terjejas akibat banjir termasuk Kampung Sugud yang pernah dilanda banjir besar pada September 2022. Banjir yang berlaku turut mengakibatkan beberapa kenderaan di Taman Vista Kiranau ditenggelami air. Jabatan Kerja Raya memaklumkan banjir yang berlaku mengakibatkan Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom dan Bulatan Sigah di Donggongon tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan, hanya boleh dilalui oleh pacuan empat roda dan kenderaan berat. Pemantauan yang dilakukan pasukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya