KOTA TINGGI: Seorang pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki bahan berkaitan pengganas bulan lalu. Tertuduh, Suhaini Sarwan, 46, menjawab faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Hayda Faridzal Abu Hassan. Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki artikel-artikel berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS) dan perbuatan pengganas di dalam komputer riba jenama Lenovo Thinkpad di Jalan Baiduri, Taman Daiman Jaya pada pukul 2.20 petang, 30 Mei 2024. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa telah memiliki lima buku berkaitan dengan kumpulan pengganas IS dan perbuatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya