Pas, Bersatu bincang siapa bertanding di DUN Nenggiri

Pas, Bersatu bincang siapa bertanding di DUN Nenggiri

MOHD. Amar Nik Abdullah menunjukkan notis pengosongan kerusi DUN Neggiri semasa sidang media di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas sedia berbincang dengan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menentukan parti mana akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri nanti.

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, Pas sudah mengambil langkah perlu sebagai persediaan apabila dua ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di negeri ini menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selepas isu sokongan kepada Perdana Menteri itu kita sudah mengambil langkah perlu untuk berdepan PRK termasuk turun ke lapangan, mendapatkan maklum balas pengundi dan memperkemaskan ahli,” katanya kepada pemberita selepas sidang media di pejabatnya hari ini.

Mohd. Amar memberitahu, Pas yakin Perikatan Nasional (PN) akan terus mengekalkan kemenangan di kerusi itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

“Setiap kali berlaku pilihanraya, tidak kira pilihanraya umum atau PRK akan ada cabaran tersendiri. Namun kita yakin kerusi itu akan terus menjadi milik kita (PN).

“Sama ada Pas atau Bersatu yang akan bertanding di kerusi DUN Nenggiri nanti pimpinan tertinggi akan bincang,” ujarnya.Utusan Online hari ini melaporkan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong bermula hari ini.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak DUN Kelantan menerima satu notis bertulis daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Jun lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya