LIPIS: Kerajaan negeri menawarkan insentif Pengecualian Denda Lewat kepada semua pemilik tanah yang berkelayakan kecuali bagi pemilik tanah yang sudah pun dikeluarkan Notis 6A sebelum 1 Julai depan. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, insentif tersebut bermula hari ini sehingga 30 November ini. “Saya menyeru agar lebih ramai lagi pemilik tanah menggunakan peluang ini untuk merebut insentif diberikan kerajaan negeri. “Ini supaya orang ramai segera melunaskan bayaran cukai tanah atau tunggakan cukai tanah tanpa dikenakan denda lewat bagi mengelakkan sebarang implikasi kepada pemilikan tanah nanti,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya