SEREMBAN: Empat buah motosikal disita manakala 175 saman dikeluarkan dalam pelaksanaan Op Samseng Jalanan yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban di sekitar Senawang malam tadi. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Hatta Che Din berkata, operasi bermula pukul 11 malam itu hasil risikan dan aduan orang awam itu tertumpu di beberapa kawasan dan dibantu Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) dan…










