MBSB kerjasama dengan polis di Sabah

MBSB kerjasama dengan polis di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) kini bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan kes kehilangan wang membabitkan beberapa akaun di cawangannya di Kota Kinabalu, Sabah dapat diselesaikan segera.

Dalam satu kenyataan, bank itu memaklumkan, keutamaan pihaknya ketika ini adalah soal keselamatan dan kepercayaan pelanggan mereka.

“Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan pesalah dibawa ke muka pengadilan.

“Kami telah membayar balik semua wang yang dikeluarkan secara haram daripada akaun pe­langgan yang terjejas,” jelas bank itu dalam satu kenyataan.

Dilaporkan polis menangkap 14 individu termasuk empat pegawai bank, seorang penjawat awam dan ahli sindiket berhubung kes kehilangan wang berjumlah RM24.2 juta daripada beberapa akaun bank berkenaan di Kota Kinabalu.

Menurut MBSB, insiden membabitkan sindiket yang bersekongkol dengan kakitangan tertentu kini ditahan polis.

Katanya, mereka dikesan me­lakukan pengeluaran haram yang disahkan melalui kad pengenalan palsu.

“MBSB Bank komited untuk mengekalkan integriti keselamatan perbankan untuk semua pe­langgan kami dan akan terus be­kerjasama dengan polis dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan mereka yang terlibat dikenakan tindakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya