NEW YORK: Puluhan warga Israel memfailkan saman terhadap Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Isnin, kerana menuduh badan itu membantu dan bersubahat dalam serangan Hamas pada 7 Oktober, tahun lalu. Menerusi aduan yang difailkan di Mahkamah Daerah di Manhattan, plaintif mendakwa, UNRWA menghabiskan lebih sedekad membantu Hamas membina ‘infrastruktur keganasan’ dan kakitangan diperlukan untuk serangan itu. Plaintif menuntut ganti rugi yang tidak dinyatakan menerusi dakwaan ‘membantu dan bersubahat dengan Hamas untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai, jenayah terhadap kemanusiaan dan penyeksaan’, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa serta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya