LIPIS: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mengambil inisiatif memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau kesalahan pengguna jalan raya yang membuang sampah sesuka hati di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) Lipis-Gua Musang. Pengarah SWCorp Pahang, Sharudin Hamid berkata, pihaknya mendapat kerjasama Majlis Daerah Lipis (MDL) memasang CCTV sejak 1 Jun lalu di beberapa lokasi ‘hot spot’ di laluan tersebut. “Kita bekerjasama dengan MDL bagi mengenalpasti individu yang melakukan kesalahan terutama membuang sampah di laluan LTU. “Tindakan penguatkuasaan boleh diambil jika pengguna jalan raya masih berdegil dan tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya