NEW YORK: Perhimpunan Agung PBB memilih Denmark, Greece, Pakistan, Panama dan Somalia sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan untuk penggal 2025-2026 bermula 1 Januari tahun depan. Majlis Keselamatan terdiri daripada 15 ahli, lima darinya adalah China, Perancis, Russia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS). Dikenali sebagai P5, negara itu mempunyai kuasa untuk memveto mana-mana resolusi, termasuk mengenai keanggotaan baharu PBB dan calon untuk jawatan Setiausaha Agung. Baki 10 ahli pula dipilih untuk tempoh dua tahun, dengan lima negara anggota akan diganti setiap tahun. Untuk dipilih, calon mesti menerima sekurang-kurangnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya