MEKAH: Liga Muslim Sedunia (MWL) menyambut baik pengiktirafan rasmi Armenia terhadap negara Palestin. Setiausaha Agung MWL, Dr. Mohammad Abdulkarim Al-Issa berkata, keputusan Armenia mencerminkan perubahan ketara dalam kesedaran antarabangsa mengenai perjuangan Palestin. Beliau menegaskan resolusi itu menyerlahkan pengiktirafan global yang semakin meningkat terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan kenegaraan sendiri. Mohammad Abdulkarim turut memuji negara-negara yang mengambil langkah ‘penting dan adil’ ini, selain turut menggesa semua negara mengikutinya dan bersolidariti dengan rakyat Palestin. Jumaat lalu, Armenia mengumumkan memberi pengiktirafan terhadap negara Palestin dan menyatakan pendirian untuk mewujudkan keamanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya