RAUB: Seorang lelaki yang melarikan kereta jenis Honda City di sebuah stesen minyak di Kuantan baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Raub di sini hari ini atas tiga pertuduhan iaitu memiliki senjata berjadual, menceroboh rumah dan menggunakan dadah. Tertuduh Shahrul Ezwan Nordin, 40, yang kelihatan tenang dan tersenyum mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nor Aisah Mohamed dan Majistret Siti Aisyah Ahmad. Pendakwaan di Mahkamah Sesyen dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Punitha manakala di Mahkamah Majistret dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zamharir Mohamad…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya