JOHOR BAHRU: Lapan ahli kongsi gelap termasuk tujuh juvana dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mencederakan tiga remaja berusia 15 tahun yang enggan menyertai kumpulan tersebut serta mencabul kehormatan mangsa, dua minggu lalu. Seorang daripada mereka, Lim Jian Yau, 20, dijatuhi hukuman denda RM4,200 atau penjara setahun selepas mengaku bersalah kerana mencederakan tiga remaja yang enggan menyertai kongsi gelap disertainya. Majistret, Hidayatul Syuhada Samsudin memerintahkan hukuman berkenaan selepas Jian Yau mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut. Berdasarkan kertas pertuduhan, dia dengan sengaja mendatangkan kecederaan dengan memukul…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya