SEOUL: Korea Utara menguji peluru berpandu hipersonik pada awal pagi Rabu, namun pelancaran senjata itu berakhir dengan letupan di udara. Peluru berpandu itu dilancarkan hanya beberapa jam selepas Pyongyang menghantar sebuah belon berisi sampah ke Korea Selatan, menyebabkan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Incheon ditangguh selama tiga jam. Ketua Turus Bersama (JCS) di Seoul dalam kenyataan berkata, peluru berpandu itu dilancarkan dari kawasan dalam atau sekitar Pyongyang kira-kira pukul 5.30 pagi (waktu tempatan). Katanya, agensi perisikan Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) sedang menjalankan analisis untuk memberikan perincian lanjut mengenainya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya