SEOUL: Kerajaan Korea Selatan hari ini mengeluarkan arahan kembali bertugas kepada doktor di negara itu, selepas kebanyakan mereka termasuk profesor perubatan menyertai mogok selama berbulan-bulan bagi membantah pertambahan pengambilan pelajar perubatan. Menteri Kesihatan, Cho Kyoo-hong berkata, kira-kira empat peratus daripada 36,000 klinik swasta memaklumkan kepada kerajaan mengenai rancangan penutupan hari ini, bagi mengambil bahagian dalam protes itu. “Bagi meminimumkan jurang perubatan, perintah kembali bertugas akan dikeluarkan pada pukul 9 pagi hari ini,” katanya Cho dalam taklimat. Kerajaan sebelum ini mengeluarkan arahan kembali bertugas kepada doktor pelatih yang mogok, sebelum ia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya