JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) masih menunggu laporan kimia sampel ayam goreng dipercayai menjadi punca keracunan makanan di sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Khamis lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, keputusan laporan itu dijangka akan diperoleh dalam masa dua atau tiga hari lagi. Pihaknya menerima maklumat tentang kejadian itu pada 27 Jun lalu apabila seramai 90 pelajar dan sembilan guru mengalami keracunan makanan selepas makan ayam goreng di kantin sekolah itu. “Pihak Jabatan Kesihatan Batu Pahat telah mengambil langkah susulan dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya