KOTA BHARU: Kemarau yang melanda negeri ini sejak Mac lalu menyaksikan seramai 3,587 pesawah dibawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mengalami kerugian sebanyak RM58 juta. Pengerusinya Muhammad Husain berkata, jumlah yang direkodkan itu membabitkan keluasan hampir 8,900 hektar sawah di enam jajahan hasil laporan Jawatankuasa Penilai Tabung Bencana Tanaman Padi Peringkat KADA. Menurutnya, KADA memandang serius perkara berkenaan dan sudah membentangkan satu laporan serta cadangan bantuan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk mendapatkan kelulusan di peringkat Persekutuan. “KADA akan terus komited dan berusaha untuk mencari solusi yang terbaik bagi membantu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya