PETALING JAYA: Penyanyi, Kaka Azraff, mengingatkan orang ramai agar berhati-hati memuat naik kenyataan yang boleh menimbulkan perbalahan di media sosial. Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 35, berpendapat perbuatan kecam dan hina akan memecahkan semangat persaudaraan rakyat Malaysia. “Hari ini, terlalu mudah untuk kita saling berbalah di media sosial. Hal yang kecil pun boleh menjadi punca. Jika pandai mengendalikan media sosial, kita boleh saling bertukar maklumat. Tapi jika sebaliknya, kita mudah berpecah dan runtuhlah ikatan silaturahim,” katanya kepada Utusan Malaysia. Kaka berkata demikian mengulas memgenai perbuatan kecam di media sosial…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya