KULAI: Anak syarikat Johor Plantations Group Berhad (JPG), JPG Greenergy Ventures Sdn. Bhd., dianugerahkan status syarikat BioNexus oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Menterinya, Chang Lih Kang berkata, pengiktirafan itu menandakan pencapaian cemerlang syarikat berkenaan dalam mengubah sisa sawit menjadi biometana yang bernilai, selari dengan komitmen kerajaan bagi mencapai sasaran pelepasan karbon sifar menjelang tahun 2050. “Dengan kemajuan dalam teknologi tenaga boleh diperbaharui, penjanaan biometana menerusi pemprosesan sisa juga sedang merintis jalan ke arah pengeluaran sumber tenaga yang bernilai lebih tinggi seperti biomethanol dan hidrogen. “Oleh itu, pengiktirafan ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya