PETALING JAYA: Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak terlindung oleh mana-mana perundangan sekiranya didapati melakukan jenayah walaupun mereka mempunyai kad OKU yang memberi keistimewaan lain. Pakar sosial, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, undang-undang yang dibuat adalah peraturan yang merangkumi semua pihak tanpa mengira bangsa atau status. Menurut beliau, apabila sesuatu jenayah dilakukan, sudah pasti ia akan dibicarakan dengan melihat beberapa aspek sama ada ia dibuat secara sengaja atau berlaku kecuaian. “Tetapi jika perkara itu dilakukan secara sengaja, lalai, atau cuai, sudah pasti undang-undang akan mengambil tindakan terhadap individu tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya