Jangan leka dengan kemenangan, perjalanan KDN FC masih jauh - Rezal Zambery

Jangan leka dengan kemenangan, perjalanan KDN FC masih jauh – Rezal Zambery

BARISAN pemian KDN FC tidak boleh leka dibuai kemenangan ke atas PDFM FC sebaliknya perlu kekal fokus untuk saingan berikutnya selepas ini-IHSAN SUHAIRI KELATE.NET
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Barisan pemain Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) diingatkan supaya tidak leka dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas PDRM FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini kelmarin.

Penolong Ketua Jurulatihnya, Rezal Zambery Yahya berkata, barisan pemain KDN FC perlu terus fokus kerana saingan liga masih lagi panjang.

“Kita baru beroleh satu kemenangan dan jauh lagi perjalanan kita. Cuma hari ini kita biarkan mereka bergembira kerana kita tahu macam mana sukarnya perjuangan mereka dan betapa hebat tekanan yang dihadapi.

“Akhirnya pemain-pemain telah membuktikan mereka mempunyai semangat juang dan jiwa untuk pasukan. Selepas ini, saya tidak akan beri peluang untuk mereka sentiasa berkhayal dengan kemenangan sebegini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Rezal Zambery memberitahu, barisan kejurulatihan akan memberi keutamaan untuk memperbaiki mutu penyudah bagi memastikan mereka mampu meledakan jaringan tanpa bergantung kepada situasi bola mati.

“Kita tengok sebelum ini ketiga-tiga jaringan diperolehi adalah melalui situasi bola mati.

“Memang kita sudah melihat perkara ini dan penambahbaikan akan sentiasa dilakukan semasa latihan pasukan,” ujarnya.

Mengulas mengenai aksi menentang PDRM FC, Rezal Zambery memberitahu, terdapat sedikit perubahan dalam formasi pasukan bagi membolehkan ketua pasukan, Oday Kharoub memainkan peranan sebagai pemain tengah menyerang dan lebih banyak bergerak ke bahagian hadapan.

“Kita putuskan untuk meletakkan Oday di posisi ‘Attacking Midfielder’ kerana hantaran-hantarannya mampu membuka ruang untuk mencipta peluang menjaringkan gol. Cuma kita perlu usahakan untuk sentuhan penyudah kepada bola-bola umpanan dari Oday.

“Sebenarnya cara kita bermain malam ini sama sahaja seperti sebelum ini cuma kita ambil pendekatan untuk tidak terlalu gopoh melakukan serangan serta banyakkan hantaran pendek untuk membuka ruang kepada pemain bergerak ke hadapan,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN