JOHOR BAHRU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dicabar memendekkan tempoh memproses sijil halal kepada 15 hari berbanding 23 hari sekarang. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia susulan kejayaan Jakim mempercepatkan tempoh berkenaan daripada 30 menjadi 23 hari pada tahun lalu. “Ini adalah kejayaan cukup baik dan tentunya apa yang kita mahu selepas Halal On Track (HOT) ini dilancarkan, diharapkan lebih banyak kelulusan permohonan sijil halal dapat dilakukan. “Saya sudah arahkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk peruntukan RM5 juta setahun bantu pemohon (pensijilan halal) mengikuti model…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya