GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan Israel berulang kali melanggar prinsip asas undang-undang perang kerana penggunaan bom berat di wilayah Gaza yang padat penduduk. Menerusi laporan terkini pada Rabu, badan dunia itu menekankan enam serangan Israel yang mengorbankan sekurang-kurang 218 penduduk Palestin di Gaza. Laporan itu dikritik dan dianggap sebagai berat sebelah oleh Israel, namun pejabat PBB memberikan butiran lanjut mengenai enam serangan yang dikatakan sebagai satu bentuk corak membimbangkan. Penggunaan bom seberat sehingga 907 kilogram (kg) disyaki digunakan ke atas bangunan kediaman, sekolah, kem pelarian dan pasar di Gaza.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya