Ibadah haji pemangkin kepada penyatuan ummah - Pemangku Raja Perlis - Utusan Malaysia

Ibadah haji pemangkin kepada penyatuan ummah – Pemangku Raja Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalaullail berangkat tiba di penginapan di Hayyu Aziziah, Mekkah, Arab Saudi bagi mengerjakan ibadah haji baru-baru ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Ibadah haji  yang dilaksanakan umat Islam saban tahun adalah pemangkin kepada penyatuan ummah yang dianjurkan dalam agama.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pertemuan tahunan terbesar umat Islam ini telah menyerlahkan lagi tuntutan Islam agar seluruh umat bersatu.

“Ia tanpa mengira latar belakang negara, bangsa, dan kumpulan yang perlu mengutamakan perpaduan kepada teras kegemilangan Islam,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas bersama-sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat tiba di penginapan di Hayyu Aziziah, Mekkah, Arab Saudi bagi mengerjakan ibadah haji baru-baru ini.

Menyambut keberangkatan baginda berdua ialah Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Urusan Tabung Haji yang juga merupakan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan isteri, Datin Sri Junaida Ahmad serta kepimpinan tertinggi Tabung Haji, pengurusan daripada Suite Al Maqam Hotel Aziziah dan juga wakil daripada MKM Ticketing Travel & Tours.

Berangkat sama adalah anakanda-anakanda baginda berdua iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, Sharifah Farah Adriana Jamalullail serta Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut mengiring ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya