SEREMBAN: Pelaksanaan semula projek pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura bakal meningkatkan permintaan perumahan di Negeri Sembilan khususnya di daerah ini. Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Negeri Sembilan, Desmond Yap Poh Seng berkata, pengaktifan semula projek berkenaan juga disambut baik dan dapat merancakkan pembangunan hartanah di kawasan sekitar pembinaan stesen Seremban seperti dirancang sebelum ini. Beliau berkata, mereka yang bekerja di Kuala Lumpur atau Singapura sudah tentu boleh memilih tinggal di Negeri Sembilan untuk menikmati kualiti hidup lebih baik kerana kesesakan kurang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya