PUTRAJAYA: Hari Taman Putrajaya 2024 yang berlangsung selama dua hari sehingga esok di Taman Warisan Pertanian, Presint 16 di sini mengetengahkan suasana desa di tengah bandar bagi menggamit kehadiran pengunjung. Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Fadlun Mak Ujud berkata, Taman Warisan Pertanian dipilih sebagai lokasi penganjuran kali ini berikutan keunikan dusun dalam bandar yang ditawarkan dengan berkonsepkan ‘agro tourism’. Menurutnya, bertemakan ‘Mengimbau Zaman Dulu-Dulu’, Hari Taman Putrajaya menyediakan pelbagai program kepada pengunjung antaranya permainan tradisional, menangkap belut di sawah, menanam padi, demonstrasi menoreh dan memproses getah, mengacau dodol serta aktiviti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya