BAITULMUQADDIS: Kira-kira 40,000 rakyat Palestin menunaikan solat sunat Aidiladha di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis timur yang dijajah, pada Ahad. Bagaimanapun, perayaan Aidiladha kali ini bertambah suram tanpa sebarang festival keraian mahupun ibadah korban dilaksanakan. Jabatan Wakaf Islam di Baitulmuqaddis dalam kenyataan memaklumkan hanya bilangan itu sahaja dibenarkan untuk menunaikan solat disebabkan sekatan tegas yang menghalang puluhan ribu umat Islam memasuki tapak ketiga paling suci dalam Islam. Bagaimanapun, kebenaran yang diberikan hanya bersifat sementara apabila rejim Zionis menyerang pekarangan Masjid al-Aqsa, ketika rakyat Palestin sedang khusyuk bersembahyang. Agensi Berita Palestin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya