JAKARTA: Gunung Ibu meletus lagi hari ini dan memuntahkan lahar merah serta batu ke langit, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG). Pegawai PVMBG, Heruningtyas Desi Purnamasari berkata, gunung berapi setinggi 1,325 meter di pulau timur Halmahera itu meletus sebanyak dua kali. Rakaman PVMBG menunjukkan letusan pertama berlaku pada pukul 1.30 pagi (waktu tempatan) dengan memuntahkan lahar dan batu. Ia disusuli letusan kedua pada pukul 7.46 pagi (waktu tempatan) selama dua minit yang mengeluarkan awan abu setinggi 1,200 meter ke langit. “Status amaran gunung berapi itu masih di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya