Gagal isytihar bawa wang tunai RM69,500, 10 pelancong ditahan

Gagal isytihar bawa RM69,500, 10 pelancong ditahan di lapangan terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seramai 10 pelancong ditahan di Lapangan Terbang Changi kerana gagal mengisytiharkan wang tunai yang dibawa melebihi jumlah 20,000 dolar Singapura (RM69,500).

Lapor Channel News Asia, 10 individu itu berusia antara 31 hingga 71 tahun yang dikesan secara berasingan dalam satu operasi penguatkuasaan berbilang agensi yang dijalankan selama seminggu.

Operasi tersebut melibatkan Pasukan Polis Singapura (SPF), Penguat kuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Biro Narkotik Pusat (CNB), Kastam Singapura, Lembaga Taman Negara dan Penguat kuasa Sains Kesihatan.

Pemeriksaan yang dijalankan dari 17 Jun hingga 23 Jun lalu, adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa untuk mengetatkan kawalan terhadap amalan melanggar syarat pelaporan wang tunai rentas sempadan, serta pelbagai kegiatan rentas sempadan haram lain di Singapura, kata agensi itu menerusi kenyataan akhbar pada Selasa.

Lebih 10,000 pelancong menjalani operasi pemeriksaan, dengan lebih 18,000 bagasi dan beg dibawa penumpang diimbas serta diperiksa di empat terminal Lapangan Terbang Changi.

Pihak berkuasa mengingatkan orang ramai penalti bagi syarat pengisytiharan wang tunai rentas sempadan sudah dipertingkatkan untuk mengisytiharkan aliran tunai dengan nilai melebihi 20,000 dolar Singapura.

Pelancong perlu menyerahkan borang pengisytiharan 72 jam sebelum memasuki atau meninggalkan Singapura.

Sesiapa yang didapati membawa lebih 20,000 dolar Singapura memasuki atau keluar dari Singapura, tanpa membuat pengisytiharan terlebih dahulu, boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda sehingga 50,000 dolar Singapura.

Arahan rampasan juga boleh dikeluarkan bagi wang tunai berkaitan kesalahan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN