MARAN: Ada pengurusan di tanah rancangan Felda mempraktikkan amalan melewat-lewatkan bayaran hasil kepada peneroka sekali gus menyebabkan mereka lebih berminat menjual sawit kepada kilang swasta yang membelinya secara tunai. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Tan Sri Rozali Ismail berkata, jika keadaan ini berterusan, peneroka terdedah kepada manipulasi harga dan timbangan sekali gus pendapatan mereka tidak dapat dipotong untuk bayaran pinjaman Felda termasuk potongan kebajikan di tanah rancangan. Sehubungan itu, jelasnya, Felda perlu segera meningkatkan kecekapan pengurusan proses jual beli sawit ke kilangnya. “Felda sebagai konglomerat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya